Schauffele, Spieth pimpin AS di Piala Ryder

LOS ANGELES, 9 SEPT – Juara golf Olimpik, Xander Schauffele dan juara kejohanan utama tiga kali, Jordan Spieth disenaraikan dalam skuad Piala Ryder Amerika Syarikat (AS) namun tiada tempat buat Patrick Reed selepas ketua pasukan, Steve Stricker melengkapkan senarai pemain kelmarin.

Schauffele dan Spieth akan menyertai Daniel Berger, Harris English, Tony Finau dan Scottie Scheffler selepas Stricker mengesahkan senarai akhir untuk saingan pada 24 hingga 26 September ini berdepan pasukan Eropah di Whistling Straits di Wisconsin.

Schauffele, 27, akan menjadi pemenang pingat emas pertama Olimpik mewakili AS di Piala Ryder.

Sebelum ini dia mempamerkan aksi mengagumkan di Piala Presiden 2019, apabila berjaya membantu AS bangkit untuk mencatat kemenangan ke atas Australia.

Reed hanya kalah sekali dalam sembilan aksi sepanjang dua perlawanan awal Piala Ryder, dengan memenangi tujuh mata dan memperoleh gelaran sebagai Captain America.

Bagaimanapun, dia bergelut ketika AS tewas di Paris pada 2018, dengan hanya menyumbang satu mata dan baharu saja sembuh dari penyakit radang paru-paru.

Stricker berkata, masalah kesihatan Reed baru-baru ini dan kurang beraksi menjadi faktor keputusan berkenaan dibuat dengan menganggapnya ia adalah sangat sukar untuk mengetepikan pemain itu. – AFP

Aksi Xander Schauffele ketika melakukan pukulan semasa pusingan ketiga Kejuaraan Jelajah di East Lake Golf Club pada 4 September lalu di Atlanta, Georgia. – AFP