Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Scheffler kini nombor satu dunia

    AUSTIN, 28 MAC – Scottie Scheffler meraih kemenangan dalam Kejohanan Golf Dunia Dell Technologies Match Play semalam untuk merampas ranking nombor satu dunia daripada pemain Sepanyol Jon Rahm.

    Dalam satu lagi peristiwa bersejarah bagi Scheffler tahun ini, pemain Amerika Syarikat berusia 25 tahun itu menewaskan Kevin Kisner 4 dan 3 pada pusingan akhir untuk melengkapkan kemenangan di Austin Country Club.

    Kemenangan Jelajah PGA ketiga Scheffler pada tahun ini menyusuli kemenangan di Terbuka Phoenix dan Arnold Palmer yang melihatnya menamatkan dominasi Rahm selama 36 minggu di ranking teratas global golf.

    “Sukar untuk saya katakan,” kata Scheffler selepas tamat perlawanan. “Saya puas hati dan bangga. Ia minggu sukar, minggu yang panjang. Saya ubah rutin bagi mengekalkan tenaga tetapi jujurnya saya keletihan sekarang.

    “Ia mimpi menjadi nyata beraksi di hadapan penyokong sendiri. Saya mempunyai memori indah di lapangan ini dan bangga dapat beraksi malah lebih manis menjuarainya.”

    Scheffler yang berusia 25 tahun muncul juara termuda kejohanan memulakan hari perlawanan dengan menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson 3 dan 1 manakala Kisner mara ke final selepas menyingkirkan Corey Conners dari Kanada.

    Scheffler mendahului di lubang kedua par-4 apabila Kisner membenam bogey selepas menemui bunker kawasan green dengan pukulan keduanya.

    Scheffler seterusnya membenam birdie 20-kaki di lubang keempat par-3 untuk menambah dua mata, dan kemudian dua lubang berikutnya melanjutkan pendahuluannya di par-5 lubang keenam dengan birdie ketiganya dalam pusingan itu.

    Pukulan ketiga yang menakjubkan menempatkannya dua mata daripada kemenangan sementara Kisner hanya mampu mencatat par.

    Scheffler seterusnya melanjutkan mata pendahuluan di lubang ke-14 dengan satu lagi birdie, melakukan pukulan 15-kali untuk meninggalkan Kisner empat mata di belakang dengan baki empat pusingan. – AFP

    Scottie Scheffler menjulang trofi selepas memenangi kejohanan Dell Technologies Match Play di Austin, Texas pada 27 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...