TULSA, AMERIKA SYARIKAT, 18 MEI – Juara Masters peringkat teratas, Scottie Scheffler, tidak berasa berbeza dalam permulaan major pertamanya selepas pemenang utama dan hanya ingin mengekalkan momentum kemenangan tersebut di Kejohanan PGA.
Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 25 tahun itu telah menang empat kali dalam lapan perlawanannya yang lalu dan akan digandingkan bersama dua lagi juara bertahan utama dalam pertembungan di Southern Hills pada Khamis nanti.
Scheffler akan bermain dalam dua pusingan pertama bersama juara bertahan Terbuka AS, Jon Rahm dan Collin Morikawa, pemenang Terbuka British tahun lepas, dalam acara bertiga tradisional PGA.
Pada awal tahun ini, Scheffler masih mengejar kemenangan pertama Jelajah PGA AS.
Beliau memenangi gelaran PGA pertamanya pada Februari lalu di Terbuka Phoenix, yang kedua pada Mac di Bay Hill dan ketiganya di WGC Match Play sebelum merangkul jaket hijau di Augusta National untuk menuntut ranking nombor satu dunia.
Scheffler akan cuba menjadi pemain golf pertama sejak Jack Nicklaus untuk memenangi Kejohanan Masters dan PGA pada tahun yang sama.
Beliau turut bersemangat untuk acara tersebut dan masih dahagakan kemenangan minggu ini meskipun dihujani kejayaan baru-baru ini. – AFP