Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Schmeichel hentam Leicester ‘memalukan’

    LEICESTER, 6 Feb – Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel mengakui bahawa juara Liga Perdana yang bergelut itu akan berdepan penyingkiran melainkan mereka memperbaiki prestasi ‘memalukan’ mereka.

    Pasukan Claudio Ranieri tersungkur kepada empat kekalahan berturut-turut selepas Manchester United menambah derita mereka dengan kemenangan 3-0 di Stadium King Power awal pagi tadi.

    Ia adalah satu kejatuhan yang besar hanya selepas sembilan bulan Leicester dimahkotakan sebagai juara Inggeris dan Schmeichel mengakui bahawa mereka perlu menyalahkan diri sendiri.

    “40 minit pertama kami bermain dengan baik, kemudian selepas itu tidak dapat diterima. Ia tidak cukup baik dan menggambarkan musim kami ketika ini,” kata Schmeichel.

    “Ia bukan situasi yang selesa. Ia sangat teruk, memalukan.

    “Jangan lagi bercakap mengenai musim lepas. Ia sudah berlalu. Kami perlu bangkit dan berjuang. Terdapat banyak faktor yang datang bersamanya, tetapi musim ini semuanya tidak berjalan dengan lancar sejak awal musim lagi.”

    Leicester kelihatan kekurangan tumpuan dan komitmen yang membawa mereka ke arah kejuaraan.

    Tetapi apabila ditanya mengenai laporan bahawa Ranieri telah kehilangan sokongan para pemainnya, Schmeichel enggan menyalahkan bosnya dan menggesa pasukan bersatu.

    “Saya tidak akan memberikan komen mengenai spekulasi akhbar. Saya tahu apa yang terjadi dalam bilik persalinan, kami adalah sekumpulan pemain yang mempunyai keyakinan rendah tetapi tidak kurang dari segi semangat juang,” katanya.

    “Sudah tiba masa untuk kami, dari atas hingga bawah kelab ini, untuk berjuang. Jika tidak, kami akan mengalami penyingkiran.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda