Schmeichel selamatkan Leicester

LEICESTER, 24 JUN – Brendan Rodgers mengakui Leicester bergelut untuk mencari rentak mereka setelah penjaga gol Foxes, Kasper Schmeichel berjaya menyelamatkan sepakan penalti Neal Maupay setelah keputusan berakhir dengan seri 0-0 menentang Brighton semalam.

Schmeichel menyelamatkan Leicester ketika dia melangkah ke kanan untuk menghentikan percubaan sepakan Maupay pada awal separuh masa pertama di Stadium King Power.

Itulah adalah persembahan yang buruk dari Leicester yang berada di tempat ketiga EPL setelah Rodgers menjadi pengurus bagi perlawanan ke-50nya bersama Leicester.

“Saya tidak fikir kami sangat bagus pada babak pertama. Kami mendapat beberapa kedudukan yang baik tetapi tidak mempunyai pergerakan yang cukup untuk menguasai bola,” kata Rodgers.

“Kami pasti belum mempunyai irama tetapi kami mempunyai mentaliti yang luar biasa. Pada separuh masa kedua perlawanan, kami jauh lebih baik.” – AFP

Aksi penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel ketika menyelamatkan sepakan penalti oleh Neal Maupay semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Brighton di Stadium King Power, Leicester, England semalam. – AP