Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Schneiderlin sah milik Everton

    LONDON, 13 Jan – Pemain tengah antarabangsa Perancis, Morgan Schneiderlin telah disahkan menyertai Everton dari Manchester United dengan yuran perpindahan dilaporkan mencecah 20 juta pound, umum kelab Merseyside itu kelmarin.

    Pemain berusia 27 tahun itu akan menandatangani satu kontrak empat tahun setengah dalam satu rundingan yang mana nilainya mampu meningkat sehingga 24 juta pound termasuk bonus.

    Pemindahan itu turut menemukan semula Schneiderlin dengan pengendali Everton Ronald Koeman, individu yang pernah menjadi pengurusnya di Southampton sebelum pemain itu berpindah ke United.

    “Everton adalah sebuah kelab yang besar dalam sejarah bola sepak Inggeris,” kata Schneiderlin dalam laman sesawang rasmi kelab tersebut.

    “Saya sentiasa menyukai suasana di dalam stadium. Saya suka bermain di sini. Saya tidak sabar untuk bermain dan mewakili kelab hebat ini.

    “Saya mengenali pengurus yang berada di sini. Saya tahu dia mampu mencungkil kemampuan terbaik saya, saya tahu corak kendaliannya dan bagaimana dia amat menyukai untuk bermain bola sepak.”

    Schneiderlin hanya membuat lapan penampilan buat United selepas Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus baru kelab itu tahun lalu.

    Ketibaan Schneiderlin adalah tepat masanya buat Koeman, di mana dia baru sahaja kehilangan pemain tengah Senegal, Idrissa Gueye yang sedang membantu pasukan kebangsaannya dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda