Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Schooling tarik diri daripada Sukan SEA

SINGAPURA, 1 MAC – Juara Olimpik pertama Singapura, Joseph Schooling, yang menewaskan Michael Phelps pada 100m gaya kupu-kupu pada 2016, hari ini berkata dia tidak akan menyertai Sukan Asia Tenggara akan datang di Phnom Penh.

“Selepas pertimbangan yang teliti bersama pasukan, saya memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan SEA. Ini bukan keputusan yang mudah, tetapi saya kini tidak berada pada tahap untuk beraksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Perenang berusia 27 tahun itu berkata dia telah memutuskan untuk memberikan tempatnya kepada rakan sepasukannya ‘sementara dia memberikan sokongan dari rumah dan memberi tumpuan kepada tugas Tentera Laut’.

Schooling, yang telah menjalankan dua tahun perkhidmatan ketenteraan wajib, terpalit dalam kontroversi dadah tahun lepas. Dia diuji negatif dadah tetapi mengaku mengambil ganja di luar negara.

Schooling diberi amaran dan diletakkan pada rejim ujian air kencing yang diawasi selama enam bulan. – AFP

Joseph Schooling, juara Olimpik pertama Singapura yang menewaskan Michael Phelps dalam acara 100m gaya kupu-kupu pada 2016, berkata hari ini dia akan terlepas Sukan SEA akan datang di Phnom Penh. – AFP

 

Artikel sebelum iniAdele dah bertunang
Artikel seterusnyaSeminar promosi pemerkasaan wanita
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -