Schwarzenegger, Chris Pratt rai kelahiran anak damit perempuan

Pasangan selebriti iaitu Katherine Schwarzenegger dan Chris Pratt meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, adik kepada Katherine iaitu Patrick Schwarzenegger berkongsi berita gembira tersebut menerusi temu bual bersama Entertainment Tonight pada Isnin.

“Mereka bertiga dalam keadaan baik. Saya ada berikan hadiah untuk Katherine,” kata Patrick.

Bagaimanapun, sehingga kini Chris dan Katherine tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kelahiran anak damit perempuan mereka.

Biarpun kedua-duanya tidak mengesahkan berita gembira tersebut namun kereta milik Chris dilaporkan berada di Hospital St. John, Santa Monica pada Sabtu lalu. Kathrine dan Chris mengumumkan pertuna-ngan mereka pada Januari tahun lalu.

Chris mempunyai seorang anak lelaki bernama Jack hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga pelakon Anna Faris. – Agensi

Schwarzenegger dan Chris Pratt meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka baru-baru ini. – Agensi