Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCOT ajak belia basmi kemiskinan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Society for Community Outreach & Training (SCOT) akan menganjurkan bengkel ‘Belia Membasmi Kemiskinan’ pada 20 hingga 22 Oktober ini di Galeri ICTC, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Bengkel tersebut merupakan salah satu program jangkauan komuniti untuk melatih dan merangsang minat mengenai isu-isu kemiskinan di negara ini.

    Ia dihasratkan memberi pendedahan kepada para pemimpin muda untuk mengenal pasti isu-isu kemiskinan dan melatih mereka cara membasmi kemiskinan dalam melaksanakan projek susulan.

    Peserta bengkel akan dibimbing oleh mentor berwibawa dalam isu-isu kemiskinan yang akan membabitkan pelbagai pihak termasuk ahli akademik hinggalah pemimpin masyarakat. Ia juga akan menjadi platform memperkasa keluarga kurang berkemampuan dan mempromosikan cara hidup mapan dalam masyarakat.

    Bengkel akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pembelajaran asas, perjalanan pembelajaran dan perbincangan bersama mentor. Peserta kemudiannya dijangka menganjurkan projek susulan dengan sokongan SCOT, pihak berkenaan dan institusi lainnya.

    SCOT berharap bengkel akan mempertingkatkan kefahaman belia mengenai isu kemiskinan di negara ini, kesan dan ancaman peningkatan kadar kemiskinan, usaha-usaha yang sudah dijalankan oleh pihak berkenaan dan badan bukan kerajaan dalam membasmi kemiskinan di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda