Scott dan Kourtney kongsi kendali anak-anak dalam kuarantin

Setelah lima tahun menjadi ibu bapa, Scott Disick dan Kourtney Kardashian telah berkongsi bagaimana mereka menangani situasi kuarantin semasa COVID-19 ini dengan ketiga-tiga anak mereka.

Kourtney Kardashian, 40, memastikan anak-anaknya menghabiskan masa dengan dia dan ayah mereka, Scott Disick, semasa dalam kuarantin. Siaran langsung dalam Instagram pada 15 April, dia mendedahkan bahawa Mason Disick, 10, PenelopeDisick, 7, dan Reign Disick, 5, menghabiskan lima hari di rumahnya, dan dua hari di rumah Scott.

“Saya rasa disebabkan anak-anak berulang-alik ke kedua-dua rumah, saya cuba menjadualkan kerja saya setiap hari,” jelasnya.

“Saya rasa baik untuk anak-anak mendapat pemandangan yang berbeza dengan berlainan rumah. Mereka mempunyai anjing mereka sendiri di sana. Cuma suasana yang berbeza di rumah yang berbeza.”

Dia juga memuji Scott kerana mengamalkan peraturan penjarakan sosial yang selamat selama ini.

Sudah tentu, terima kasih kepada teknologi, anak-anak dapat terus berhubungan dengan Scott setiap hari jika mereka tidak berada di rumahnya. – Agensi

Scott Disick dan Kourtney Kardashian menghabiskan masa dalam kua-rantin bersama anak-anak. – Agensi