Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    SCS anjur webinar untuk pelanggan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Standard Chartered Securities (SCS) Brunei, hari ini, telah menganjurkan sesi webinar Market Outlook 2022 bagi lebih 200 orang pelanggan secara maya, hari ini.

    Menurut kenyataan Standard Chartered Brunei, hadir bagi berkongsi outlook pasaran dan pandangan kelas-kelas aset utama bagi 2022 diikuti dengan soal jawab semasa webinar berkenaan ialah Kaunselor Pelaburan Kanan, Standard Chartered Brunei, Awang Hazwan Kamarulzaman; Pakar Strategi Pelaburan Kanan, Standard Chartered Singapura, Abhilash Narayan dan Pengurus Saluran Jualan Kanan, Allianz Global Investors Singapura, Winnie
    Tan.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Securities, Brenda Low berkata, bermulanya tahun baharu sentiasa membawa harapan dan permulaan yang baharu.

    “Sementara kami mahu optimistik, kami juga mahu berhati-hati dengan memastikan pelanggan mendapat wawasan terbaik yang tersedia untuk membuat keputusan kewangan yang baik bagi jangka masa panjang.

    “Adalah penting untuk memahami matlamat jangka panjang dan mengekalkan kepelbagaian portfolio yang baik bagi meniti liku-liku menuju kehidupan normal,” tambahnya.

    Ahli-ahli panel semasa webinar berkenaan yang dihoskan oleh SCS bagi para pelanggan. – Gambar serahan Standard Chartered Brunei

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...