Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    SCS perkenal dana baharu dari Fullerton

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Standard Chartered Securities (SCS) telah memperkenalkan dana unit amanahnya terkini, dana Kadar Faedah
    Jangka Pendek Fullerton semasa webinar yang diadakan dengan kerjasama Fullerton Fund Management.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SCS, dana baharu itu bermatlamat untuk mendapatkan pulangan dolar Singapura yang stabil dalam portfolio bon berkualiti tinggi yang pelbagai untuk membantu melindungi pelanggan daripada inflasi.

    Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low dalam ucapan pembukaannya berkata, “Dengan kejadian-kejadian global yang berlaku di seluruh dunia yang menjejaskan turun naik pasaran, SCS komited untuk membantu pelanggan kekal melabur dengan memberikan nasihat mengenai kepelbagaian portfolio mereka dan untuk mencari peluang di mana mereka boleh menampilkan diri.

    “Pada masa-masa seperti ini, kami percaya bagaimana awda bertindak balas adalah kunci ke arah pulangan pelaburan jangka panjang, jadi kekal melabur adalah mesej kritikal yang
    ingin kami sampaikan kepada pelanggan,” nasihat beliau.

    Wakil daripada Pengurusan Dana Fullerton, iaitu Naib Presiden Kanan, Pakar Produk, Kylie Soh; dan Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan – Jualan Perantara, Sam YE, hadir bagi membentangkan mengenai strategi dana manakala Kaunselor Pelaburan Kanan di SCS, Awang Hazwan Kamarulzaman mengongsikan mengenai prospek pasaran.

    Brenda Low menyampaikan ucapan pembukaan semasa webinar berkenaan. – Gambar serahan Bank Standard Chartered
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...