Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SCS tawar caj jualan 1.5 peratus

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Bersempena Minggu Pelabur Sedunia, Standard Chartered Securities (SCS) menawarkan caj jualan serendah 1.5 peratus bagi Pelan Simpanan Biasa yang bermula hari ini hingga penghujung bulan ini.

    Menurut kenyataan yang diterima, hari ini, pelanggan SCS yang melanggan ke Unit Amanah dalam bentuk Pelan Simpanan Biasa semasa tempoh promosi boleh memulakan pelaburan dengan kadar bulanan serendah $100 bagi tempoh pelan minimum 24 bulan dan seterusnya menikmati 1.5 peratus caj jualan.

    Pelanggan boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelbagai jenis dana Unit Trust SCS dari fund houses seperti Allianz, BlackRock, Franklin Templeton, Fullerton, Invesco, Manulife dan Neuberger Berman.

    Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities, Brenda Low menjelaskan bahawa mereka percaya bahawa pelaburan adalah untuk semua orang.

    Dengan cara mempermudah akses terhadap pelaburan menerusi sumba-ngan biasa yang berpatutan, mereka berharap dapat membantu para pelanggan untuk mengembangkan kekayaan mereka dan mencapai matlamat kewangan dan aspirasi mereka.

    Beliau turut menambah, melalui kempen itu, mereka percaya pendekatan berdisiplin akan mendorong pelanggan untuk kerap melabur dan memperoleh hasilnya dalam jangka masa panjang demi masa hadapan mereka.

    SCS menawarkan pelbagai pilihan produk penyelesaian kekayaan.

    Pelabur yang berpotensi diminta untuk menyelesaikan penilaian profil risiko pelanggan untuk memastikan bahawa mereka memahami risiko mereka sebelum mengambil produk kekayaan.

    Pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kekayaan boleh mengunjungi cawangan SCS di Gadong dan Kuala Belait bagi berbincang dengan mana-mana pengurus perhubungan berlesen atau konsultan kekayaan atau dengan melayari laman web Standard Chartered.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda