Sea Life Malaysia Legoland dibuka pada April

NEW DELHI, 21 Jan – Sea Life Malaysia, sebuah tarikan kehidupan marin di Legoland Malaysia Resort di Johor, sedang dipromosikan kepada pelancong asing menjelang pembukaannya pada April.

“Kami merancang untuk pembukaan pada April tahun ini. Dengan pembukaan Sea Life, kami akan mempunyai taman tema keluarga dan destinasi resort yang lengkap,” kata Pengarah Pemasaran Legoland Malaysia Resort, Thila Munusamy kepada Bernama.

Akuarium interaktif dua tingkat berukuran 2,123 meter persegi itu akan menempatkan lebih daripada 25 tangki dengan pelbagai haiwan laut.

Legoland mempunyai tarikan lain seperti taman tema, hotel dan taman air.

Legoland Malaysia Resort memasarkan kelebihan akses dan produknya ke dalam pasaran utama seperti China, Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Filipina, India, Jepun dan Australia.

“Lokasi kami di Johor amat strategik untuk menarik pelancong asing kerana kami mempunyai kelebihan sambungan lapangan terbang Kuala Lumpur dan Changi,” kata Thila. – Bernama