Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Seagal terima anugerah dari Putin

    Pemimpin Kremlin, Vladimir Putin menyampaikan anugerah Russian Order of Friendship kepada pelakon Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal, yang terkenal dengan filem thriller aksi AS 1990, Hard to Kill, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

    Seagal yang memiliki kewarganegaraan Rusia, antara lain menerima anugerah itu atas ‘sumbangan besarnya terhadap pembangunan kebudayaan dan kemanusiaan antarabangsa’, menurut dekri Putin yang diterbitkan baru-baru ini.

    Pelakon berusia 70 tahun itu membintangi pelbagai filem aksi dan merupakan wakil khas Kementerian Luar Rusia untuk hubungan kemanusiaan dengan Amerika Syarikat dan Jepun.

    Dia juga merupakan ahli parti pro-Kremlin, Just Russia dan didakwa berulang kali mengikuti garis propaganda Moscow. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 25 November 2016 menunjukkan Putin berjabat tangan dengan Seagal di Moscow, semasa majlis penganugerahan pasport Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...