Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    SEAMEO VOCTECH giatkan program latihan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Pusat Serantau SEAMEO untuk Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan (SEAMEO VOCTECH) mengukuhkan usaha pembangunan profesionalnya dengan menjalankan Program Latihan dalam Negara untuk Myanmar dan dua Latihan Jurulatih berturut-turut untuk pelanggan tempatan pada bulan Mac, baru-baru ini.

    Pusat TVET telah mengalu-alukan 29 alumni latihan pada awal bulan lalu yang terdiri daripada fasilitator TVET dari pelbagai institusi vokasional dari Myanmar yang telah berjaya menamatkan Program Latihan dalam Negara secara maya berkaitan Managing TVET Institutions in Response for IR 4.0.

    Kursus latihan yang telah disampaikan oleh Pengurus Latihan dan Pembangunan Profesional pusat berkenaan, Dr Jaya Priah Kasinathan, antaranya bagi meningkatkan kesedaran tentang kesan IR 4.0 kepada kecemerlangan institusi dan kemampanan pemimpin dan pengurus TVET.

    Hasil daripada latihan, para peserta mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bagaimana untuk memimpin perubahan dalam institusi; menerapkan budaya inovatif untuk kecemerlangan dalam institusi serta membangunkan kemahiran dan sifat kepimpinan yang diperlukan dalam mengurus sebuah institusi dalam IR 4.0.

    Sementara itu, dua kumpulan Latihan Jurulatih, iaitu Kumpulan 9 dan Kumpulan 10, juga berjaya diadakan di pusat berkenaan.

    Latihan direka untuk menyediakan calon dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menyampaikan kursus dengan berkesan dan menjadikan mereka jurulatih yang cekap.

    Latihan disampaikan oleh Perunding TVET SEAMEO VOCTECH, Silva Das Rajagopal, juga selaku Ketua Bahagian Jaminan Kualiti, bersama Pakar TVET untuk Pendidikan Guru dan Pengurus Pengurusan Pengetahuan, Reena Lim Bee Yew.

    Antara pengunjung ke SEAMEO pada Mac ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...