Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    SEAMEO VOCTECH memperingati Nuzul Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Dalam memperingati Nuzul Al-Quran, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH telah mengadakan majlis sambutan bagi pegawai dan kakitangan pusat berkenaan, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kerna itu dihadiri oleh Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan-timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiah beramai-ramai bagi memohon kepada Allah semoga penduduk bebas dan terlepas daripada bahaya bala dan wabak COVID serta semoga COVID berundur segera dari Negara Brunei Darussalam dengan berkat membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

    Majlis berkenaan juga boleh disaksikan oleh orang ramai secara langsung melalui
    saluran Youtube Seameo Voctech.

    Pada majlis itu, ceramah bertajuk ‘Menggapai Malam Lailatul Qadar dengan Qiamullail’ telah disampaikan oleh penolong pensyarah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu program yang diungkayahkan oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH melalui Jawatankuasa Musala Ar-Raudah, SEAMEO VOCTECH, bagi mengambil fadilat dan keberkatan bulan Ramadan Mubarak.

    Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dan tetamu yang lain mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh Haji Abdul Rahman.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...