Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    SEAMEO VOCTECH peringati Ilal Hijrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Awal Muharram atau Ilal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.

    Penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baharu dengan berlakunya perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiah yang lebih sistematik dan teratur selepas peristiwa ini. Setiap tahun, kedatangan tahun baharu hijrah mengingatkan seluruh umat Islam dengan sejarah suka duka dan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh Rasulullah.

    Sehubungan itu, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH juga tidak ketinggalan meraikan majlis memperingati Awal Tahun Hijrah 2022 baru-baru ini yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, pusat itu.

    Hadir di majlis itu ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan-timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan pusat itu.

    Ia turut diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa menghadapi Ujian’ yang disampaikan oleh penceramah bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei, Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini dari Anwar Al Hudaa Centre.

    Antara isi kandungan ceramah beliau menjelaskan, walaupun peristiwa hijrah Baginda Nabi Muhammad SAW sudah berlalu lebih dari 1400 tahun, masih saja ada pengajaran yang dapat diambil oleh kita sebagai umat Islam.

    “Dalam perjalanan di alam dunia menuju ke alam akhirat, jalan yang selamat adalah mengikuti langkah perjalanan Baginda Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda, dan dengan memperingati peristiwa-peristiwa yang diagungkan di dalam Islam amat penting, supaya dapat membimbing kita di dalam hidup dan menambahkan kefahaman terhadap agama,” jelasnya.

    Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH bersama tetamu khas yang lain hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...