Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    SEAMEO VOCTECH semarak Maulidur Rasul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH melalui Jawatankuasa Musala Ar-Raudah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, pusat tersebut hari ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Majlis telah diserikan dengan ceramah agama bertajuk ‘Rasulullah Qudwah Hasanah Panduan Kehidupan Ummah’ yang disampaikan oleh penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zain dari Anwar Al-Hudaa Centre.

    Dalam ceramah itu, beliau berkata, “Mengenali Nabi Muhammad SAW adalah langkah asas dan dasar untuk menjadikan Baginda sebagai suri tauladan.”

    Beliau sedikit sebanyak menyentuh mengenai memahami keperibadian seseorang yang boleh menjadi tauladan. Majlis juga diserikan dengan persembahan tausyeh dan Dikir Marhaban oleh Kumpulan Anwar Al-Hudaa.

    Majlis tersebut juga disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube SEAMEO VOCTECH.

    Awang Alias hadir bersama tetamu lain pada sambutan Maulud Nabi SAW yang diadakan di Dewan Seri Kerna, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...