SEAMEO VOCTECH semarak sambutan Maulud

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Bagi menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH akan mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW secara maya yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Musala Ar-Raudhah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, pada 21 Oktober ini.

Majlis bertema ‘Rindu Kami kepada Mu Ya Rasulullah’ itu akan diisikan dengan tazkirah yang bakal disampaikan oleh penceramah bertauliah, Haji Anwari bin Haji Rawee.

Acara juga akan diteruskan dengan bacaan selawat beramai-ramai bersama warga Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang mana majlis penutup dijangka akan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan doa terhindar dari COVID-19 oleh Haji Anwari.

Sambutan berkenaan bertujuan untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan bagi menghayati segala ajaran dan sunnah Baginda.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk bersama-sama mengikuti acara yang mulia berkenaan secara langsung melalui saluran YouTube Seameo Voctech.