Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    SEAMEO VOCTECH terima kunjungan delegasi SEAMES

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, baru-baru ini, telah menerima kunjungan delegasi dari Sekretariat SEAMEO (SEAMES), Bangkok, Thailand, sebagai sebahagian daripada Program Penandaarasan SEAMEO.

    Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, lawatan tiga hari delegasi berkenaan bertujuan untuk mengukuhkan lagi ikatan budaya, pendidikan, dan sosial antara SEAMES dan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, serta untuk meluaskan dan meningkatkan lagi pengetahuan kakitangan SEAMES.

    Hadir mengalu-alukan ketibaan delegasi di pusat berkenaan ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar; Timbalan Pengarah SEAMEO VOCTECH, Pengiran Sufri bin Pengiran Ali bersama pegawai dan kakitangan yang lain.

    Semasa lawatan itu, pusat berkenaan berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai inisiatif penyelidikan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0, sistem pengurusan pengetahuan, program-program latihan yang sedang berjalan dan sistem pengurusan pembelajaran, sekali gus memberikan pemahaman lanjut tentang peranan dan sumbangan SEMEO VOCTECH kepada penyelidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Negara Brunei Darussalam dan luar negara.

    Selesai lawatan di SEAMEO VOCTECH, delegasi dibawa melawat ke beberapa tempat termasuk Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Agro-Teknologi dan Sains Gunaan, untuk melihat secara langsung bagaimana sistem pendidikan vokasional dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam.

    Lawatan diteruskan ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Empire Brunei, Jerudong, Abode Resort dan Spa Temburong.

    Dalam kesempatan itu, SEAMEO VOCTECH juga mengadakan perbincangan lanjut dengan wakil GIZ RECOTVET, Ansgar, mengenai kemajuan dan rancangan masa depan platform pengetahuan serantau SEA.VET.net dan usaha niaga baharunya dengan platform e-pembelajaran SEA-VET yang akan datang.

    Bagi memeriahkan lagi lawatan delegasi berkenaan, SEAMEO VOCTECH juga telah menganjurkan majlis makan malam dan majlis penghargaan yang dihoskan oleh Awang
    Alias.

    Awang Alias dan warga Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH bergambar ramai bersama delegasi SEAMES. – Gambar serahan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...