Seattle umum gaji minimum pemandu Uber, Lyft

WASHINGTON, 1 OKT – Bandar Seattle di Amerika Syarikat (AS) telah meng-umumkan gaji minimum untuk pemandu Uber dan Lyft, satu tindakan yang dikritik oleh syarikat tersebut yang berpotensi memusnahkan ribuan pekerjaan.

Bandar barat laut tersebut adalah yang kedua di AS yang mengenakan tindakan sedemikian selepas New York pada 2019.

“Pandemik telah mendedahkan kelemahan dalam sistem perlindungan pekerja kami, menyebabkan ramai pekerja barisan depan tanpa satu jaringan keselamatan,” kata datuk bandar Seattle Jenny Durkan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Gaji minimum ‘menjamin pemandu akan menerima gaji adil dan boleh menyara diri mereka dan keluarga mereka,” kata beliau.

Mulai Januari, pemandu perkongsian perjalanan di Seattle perlu memperoleh sekurang-kurangnya AS$16.39 sejam.

Uber, dalam sepucuk surat kepada kerajaan bandar Seattle pada bulan lalu, berkata dasar yang sama di New York telah ‘mendorong kepada peluang kerja yang kurang untuk pemandu dan harga lebih tinggi.’

“Ribuan pemandu di bandar New York kehilangan akses kepada kerja, selepas dasar itu mengakibatkan sekatan dalam cara pemandu mengakses aplikasi kami,” kata syarikat, menambah pemandu baharu kini tidak dibenarkan mendaftarkan diri di New York.

Harga telah naik 30 peratus dalam tahun pertama dan peraturan telah mencetuskan bantahan jalan besar-besaran, kata Uber.

Lyft berkata dalam satu kenyataan bahawa rancangan Seattle ‘mempunyai kelemahan dan memusnahkan ribuan pekerjaan – seramai 4,000 pemandu Lyft sahaja – dan menyingkir syarikat perkongsian perjalanan dari bandar tersebut. – AFP