Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Sebahagian atap rumah terbakar

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JBP

    BELAIT, 10 JULAI – Satu insiden kebakaran di bahagian luar ceiling deck atap sebuah rumah telah dilaporkan berlaku di Kampung Pandan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), lapan orang anggota dari Balai Bomba Kuala Belait diketuai oleh DSO Mohd Helmi bin Abdullah telah dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 9:13 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa setibanya anggota bomba dan penyelamat di tempat panggilan, api kecil telah didapati membakar sebahagian ceiling deck atap rumah di bahagian luar.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadam kebakaran berkenaan.

    Anggaran kerugian dan punca masih lagi dalam siasatan dan tidak ada korban jiwa dilaporkan.

    Dalam pada itu, JBP menyarankan orang ramai agar jika melakukan pembakaran terbuka (perunan), sila pastikan jarak membuat pembakaran jauh dari kawasan perumahan dan sentiasa memastikan api perunan dan bara-bara api telah dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan tempat berkenaan.

    Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa memastikan kediaman dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api jenis debu kering 2kg dan selimut api serta mematikan mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

    Anggota bomba semasa memadamkan kebakaran di bahagian luar ceiling deck atap sebuah rumah di Kampung Pandan, baru-baru ini.
    Keadaan atap rumah selepas insiden kebakaran di Kampung Pandan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...