Oleh Sim Y. H.
BELAIT, 17 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Bolkiah, Seria bermula hari ini sehingga 24 Februari.
Penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung yang pecah di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.