Sebahagian jalan di Kuala Belait ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan mengenai penutupan sebahagian jalan di Jalan Bunga Pinang, Pekan Seria dan Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait.

JKR menyatakan bahawa sebahagian jalan di Jalan Bunga Pinang akan ditutup selama sebulan bermula 8 pagi hari ini, untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembinaan kalbat overcrossing di jalan itu. Sementara itu sebahagian jalan di Jalan Sungai Pandan juga akan ditutup sementara selama sebulan bermula 8 pagi esok (5 Ogos) mulai jam 8.00 pagi untuk memberi laluan bagi kerja-kerja membaik pulih paip pembetungan yang pecah di jalan tersebut.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya bolehlah menggunakan laluan jalan alternatif yang telah disediakan. Dalam kenyataan itu, JKR juga menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui jalan jalan tersebut dan mematuhi papan tanda amaran jalan raya serta had laju yang dibenarkan demi menghindari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, livechat di talian 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]