Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sebahagian Jalan Pasir Berakas ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pasir Berakas berdekatan dengan Simpang 239, hala Berakas Kem selama tiga hari bermula esok.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penutupan separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat dilaksanakan dan kerja-kerja pembaikan akan bermula pukul 7:30 pagi.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn untuk sebarang aduan.

    Separuh jalan di Jalan Pasir Berakas berdekatan dengan Simpang 239, hala Berakas Kem akan ditutup untuk kerja-kerja pembaikan kalbat. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...