Sebahagian jalan Pekan Bangar ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama penduduk di Daerah Temburong bahawa sebahagian jalan raya di Pekan Bangar, Temburong akan ditutup sementara.

Penutupan sementara yang bermula pukul 6 pagi esok sehingga 20 Mei depan itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja Projek Pembisaian Pekan Bangar, Temburong – Pedesterian Walkway agar dapat dilaksanakan dengan lancar, jelas JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif lain dan tidak mendekati kawasan-kawasan pembinaan projek serta mematuhi tanda-tanda lalu lintas yang disediakan serta memandu dengan perlahan ketika mendekati kawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

Selain itu, kenyataan menyatakan, JKR telah menyediakan kawasan letak kereta alternatif iaitu di Pusat Belia Cawangan Temburong dan Jabatan Sekolah-sekolah.

Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai bolehlah menghubungi jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]

Rajah menunjukkan penutupan sebahagian jalan di Pekan Bangar sehingga 20 Mei.