BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Sebahagian jalan di terowong Kiarong akan ditutup kepada pengguna jalan raya bermula semalam sehinggalah 17 Februari ini dari jam 9 malam sehingga 5 pagi.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, mengatakan penutupan adalah bagi memberi laluan bagi projek penggantian lampu-lampu terowong.
Sehubungan itu, JKR mengingatkan pengguna jalan raya agar menggunakan jalan alternatif dan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini daripada berlaku.
Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi jabatan tersebut melalui Talian Darussalam 123/Livechat +6738333123 atau Facebook jabatan tersebut serta e-mel kepada pro@pwd.gov.bn