Sebahagian laluan jambatan ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Orang awam terutamanya para pengguna jambatan dimaklumkan bahawa sebahagian laluan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien akan ditutup dan dilencongkan haluannya (rujuk peta) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemotongan pokok di kawasan Labu Estate.

Kerja-kerja pemotongan pokok, yang mengambil masa selama sebulan, akan mula dilaksanakan esok, 12 Ogos 2020 jam 6 pagi.

Sehubungan dengan itu, Autoriti Jambatan Brunei mengingatkan para pengguna jambatan agar sentiasa berhati-hati apabila melalui di kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai bolehlah menghubungi autoriti berkenaan melalui Talian Darussalam: 123, livechat 8333123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e- mel: [email protected]