Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sebahagian letak kereta Kg Batu Marang ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Sebahagian tempat letak kereta Kampung Batu Marang akan ditutup sementara bermula 16 hingga 28 Februari (tertakluk pada keadaan cuaca), menurut kenyataan yang diterima dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Penutupan tersebut adalah bagi membolehkan pihak Unified National Networks (UNN) melaksanakan kerja-kerja monopole dismantling dan collection of dismantled items.

    Sehubungan dengan itu, JKR mengingatkan kepada para pengguna tempat letak kereta berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut dan diingatkan sentiasa mematuhi tanda-tanda lalu lintas serta had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Kenyataan menambah, jika ada sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 123, 8333123 ataupun e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...