Sebahagian pelajar India kembali ke sekolah

NEW DELHI, 2 SEPT – Lebih ramai pelajar di India akan dapat melangkah ke kelas-kelas buat pertama kalinya dalam masa 18 bulan bermula Rabu, ketika pihak berkuasa memberikan kebenaran untuk membuka sebahagian sekolah di sebalik kekhuatiran ibu bapa dan tanda-tanda jangkitan meningkat lagi.

Sekolah-sekolah dan kolej-kolej dalam sekurang-kurangnya enam lagi buah negeri dibuka semula secara beransur-ansur dengan langkah kesihatan dikuasakan sepanjang September ini. Di New Delhi, semua kakitangan mestilah divaksin dan saiz kelas-kelas ditetapkan pada kapasiti 50 peratus dengan penjarakan tempat duduk dan kerusi meja yang disanitasi.

Hanya pelajar dalam gred sembilan sehingga 12 akan dibenarkan menghadiri sekolah lebih dahulu, meskipun ia tidaklah wajib. Sebahagian ibu bapa mengatakan mereka tidak akan membenarkan anak-anak mereka kembali ke sekolah, termasuk Nalini Chauhan yang kehilangan suaminya akibat jangkitan koronavirus tahun lalu.

“Trauma masih membelenggu kami dan itulah yang menyekat saya daripada keluar. Kami tidak pergi ke kompleks membeli-belah, kami tidak keluar membeli barangan. Jadi kenapa perlu ke sekolah sekarang?” katanya. – AP 

Pekerja sekolah menyemburkan pensanitasi tangan ke tapak tangan pelajar yang menghadiri kelas di Ahmedabad, 2 September selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan. – AFP