Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sebahagian stor rosak akibat kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Sebahagian sebuah stor di kawasan Sungai Hanching mengalami kerosakan akibat kejadian kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 14 orang anggota bomba dan penyelamat serta tiga buah jentera dari Balai Bomba Lambak Kanan yang diketuai oleh DSO Haji Sofri bin Haji Bolaji serta bantuan air menggunakan jentera water tanker dari Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh ABK 167 Pengiran Jefri telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila sampai di tempat kejadian, anggota bomba dan penyelamat mendapati asap tebal keluar dari celah-celah tingkap dan api kecil membakar di bahagian kotak suis utama dalam stor di tingkat satu bahagian belakang bangunan dan sebahagian stor telah mendapat kerosakan akibat terkena bahang api.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak dengan sebuah pasukan memakai set alat pernafasan dan memecah cermin bilik menggunakan crowbar untuk masuk bagi memadam kebakaran.

    Mereka seterusnya membuat penyedutan asap dengan menggunakan exhaust conducting serta air diperoleh dari pili-pili bomba yang berdekatan relay ke jentera.

    Kenyataan menyatakan bahawa dalam kejadian berkenaan, tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya menyarankan orang ramai supaya memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api mudah alih jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api, memastikan untuk menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan, memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik serta membuat penyelenggaraan dengan teratur bagi mengelakkan kebakaran.

    Orang ramai juga disarankan supaya jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan untuk memberikan maklumat yang tepat.

    Bahagian kotak suis utama terbakar di dalam stor sebuah bangunan di kawasan Sungai Hanching, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...