Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sebar kesedaran mengenai kesihatan lelaki

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan kaum lelaki, seramai 191 orang penunggang motosikal tempatan telah mendaftar untuk menyertai Acara Distinguished Gentlemen’s Ride 2023 yang bermula di QAF Centre, Beribi, hari ini.

    Berpakaian segak, lebih 180 orang penunggang motosikal menyertai penunggang-penunggang motosikal di seluruh dunia dalam acara amal global yang bermula pada 2012 di Australia itu.

    Hos acara berkenaan, Azim Ghani dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa motivasi bagi kegiatan amal berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kaum lelaki serta bagi mengutip derma membantu kaum lelaki yang mengalami isu-isu kesihatan.

    Beliau menyatakan bahawa acara amal itu menyaksikan seramai 191 orang penunggang berdaftar di mana ia berjaya mengumpul sebanyak AS$1,234.36 bagi kanser prostat dan kesihatan mental lelaki bagi pihak rakan kongsi amal, Movember.

    Negara Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam acara amal berkenaan sejak 2014 dan pada tahun ini menyaksikan jumlah pendaftaran yang tertinggi.

    Di samping itu, sejak 2014, acara amal berkenaan telah berjaya mengumpul sumbangan keseluruhan sebanyak AS$10,900.90.

    Azim (satu dari kiri) sama-sama menyertai acara Distinguished Gentleman’s Ride 2023.
    ATAS & BAWAH: Penunggang-penunggang motosikal yang sama-sama menyertai acara untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kaum lelaki.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...