MEXICO CITY, 29 Okt – Sebastian Vettel meningkatkan harapan tipisnya untuk menghidupkan kembali cabaran kejuaraan dunianya semalam apabila meraih petak pertama ke-50 sepanjang kerjayanya bagi Grand Prix Mexico hujung minggu ini.
Juara empat kali dari Jerman itu, memerlukan kemenangan dan berharap pendahulu kejuaraan dari Britain, Lewis Hamilton dari Mercedes gagal untuk menamatkan lima tangga teratas, atau lebih teruk, melengkapkan pusingan cemerlang pada beberapa saat terakhir.
Hamilton yang boleh memenangi gelaran dunia keempat hari ini, berada di kedudukan ketiga dalam kelayakan, disingkirkan oleh Max Verstappen dari Red Bulls dalam laluan untuk mencatatkan kemenangan sehingga kebangkitan lewat Vettel. – AFP