Sebutan kes khianat dan curi 3 jun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri, menyebabkan kecederaan dan melakukan khianat.

Muhammad Rabani Safwan Shah @ Abdul Qayum bin Haji Siasgar, 28, didakwa melakukan curi di kedai runcit di Kampung Mentiri pada 5 Mei 2020.

Dia juga didakwa menyebabkan kecederaan pada seorang lelaki (mangsa) berusia 29 tahun dan juga melakukan khianat pada kereta mangsa dalam kejadian sekitar Februari 2020.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 3 Jun 2020 untuk menentukan tarikh perbicaraan tertuduh.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.