Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    SEC ambil tindakan undang-undang

    WASHINGTON, 6 JUN – Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat (SEC), kelmarin mengambil tindakan undang-undang terhadap platform pertukaran kriptowang terbesar di dunia, Binance, lapor agensi berita Jerman dpa.

    SEC yang berpusat di Washington mendakwa Binance melakukan transaksi kewangan secara haram dan menyediakan perkhidmatan tanpa kebenaran, menuduh pengasas bersama dan ketua eksekutif Binance, Changpeng Zhao melakukan penipuan dan konflik kepentingan. “Menerusi 13 pertuduhan, kami mendakwa bahawa Zhao dan entiti Binance terlibat dalam jaringan penipuan yang meluas, konflik kepentingan, kekurangan pendedahan, dan mengelak undang-undang,” kata pengerusi SEC, Gary Gensler, sambil menambah bahawa pelabur telah diperdaya mengenai kawalan risiko dan jumlah dagangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...