Secret Life of Pets berjaya pintas Dark Phoenix

Carta pecah panggung pada minggu agak bergegar disebabkan oleh dua tayangan filem baharu yang saling berebut untuk berada di persada carta. Filem terbaharu, The Secret Life of Pets 2 dan Dark Phoenix ditayangkan pada minggu ini dan tersasar daripada jangkaan pihak-pihak penerbitan.

Filem The Secret Life of Pets 2 berjaya memintas Dark Phoenix dan berada di kedudukan pertama carta pecah panggung serta memperoleh keuntungan sekitar AS$47 juta pada minggu ini.

Filem animasi yang penuh dengan aksi humor ini telah berjaya mengalahkan filem terbitan Disney, Dark Phoenix di mana pada minggu ini, filem tersebut telah berjaya memperoleh sekitar AS$33 juta.

Satu permulaan yang agak mengecewakan dan salah satu tayangan filem perdana yang terburuk dalam sejarah francais X-Men dalam masa 20 tahun.

Dengan peruntukan bajet yang tinggi iaitu AS$200 juta, Dark Phoenix melalui laluan yang sukar untuk memperoleh keuntungan berbanding dengan filem animasi The Secret Life of Pets 2, yang hanya memperuntukkan sekitar AS$80 juta. Selain itu juga, filem Dark Phoenix menerima kritikan yang kurang baik daripada pengkritik di mana 20 peratus markah diberikan oleh Rotten Tomatoes dan gred B- oleh CinemaScore.

Filem The Secret Life of Pets 2 berjaya memintas Dark Phoenix dan berada di kedudukan pertama carta pecah panggung serta memperoleh keuntungan sekitar AS$47 juta pada minggu ini.
Di kedudukan yang ketiga pula dimiliki oleh filem Aladdin yang memperoleh keuntungan sebanyak AS$24 juta pada minggu ini.
Godzilla mengalami penurunan sekitar 68 peratus dan terpaksa akur untuk berada di kedudukan yang keempat pada minggu ini dan memperoleh sekitar AS$15 juta.
Antara babak dalam filem Dark Phoenix yang berjaya dipintas oleh filem animasi The Secret Life of Pets 2.

Sebelum filem ini, The Wolverine yang ditayangkan pada tahun 2013 merupakan yang terendah semasa awal tayangannya untuk siri X-Men dengan hanya meraih sekitar AS$53 juta. Filem Dark Phoenix merupakan sekuel untuk X-Men: Apocalypse 2016 yang hanya mampu meraih sekitar AS$65 juta pada minggu awal ia ditayangkan dan memperoleh AS$543 juta keuntungan dari seluruh dunia.

Filem Dark Phoenix menerima permulaan yang baik di luar negara, di mana filem ini memperoleh AS$107 juta. Diarahkan oleh Simon Kinberg, Dark Phoenix dibintangi oleh Sophie Turner, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence dan Nicholas Hoult.

Manakala filem The Secret Life of Pets 2 tidak disangka bakal mengalahkan filem Dark Phoenix sekali gus berada di persada carta pecah panggung walaupun memperoleh keuntungan yang lebih rendah berbanding siri yang pertama, namun filem ini berjaya menarik perhatian para penonton dari seluruh dunia.

Filem animasi yang mengisahkan mengenai kehidupan haiwan peliharaan ini dibintangi oleh beberapa suara pelakon terkenal seperti Kevin Hart, Tiffany Haddish, Jenny Slate dan Patton Oswalt.

Filem The Secret Life of Pets 2 merupakan sebuah filem kerjasama antara Universal dan juga Illumination yang pernah menerbitkan beberapa buah filem animasi hebat seperti Despicable Me dan The Grinch. Filem The Secret Life of Pets 2 ini bermula dengan agak perlahan sebelum tayangan filem animasi seterusnya yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu Disney, Toy Story 4.

Seterusnya di kedudukan yang ketiga pula dimiliki oleh filem Aladdin yang memperoleh keuntungan sebanyak AS$24 juta pada minggu ini setelah berjaya memintas filem juara carta pada minggu lepas, Godzilla: King of The Monsters yang menunjukkan penjualan tiket yang menurun secara drastik. Godzilla mengalami penurunan sekitar 68 peratus dan terpaksa akur untuk berada di kedudukan yang keempat pada minggu ini dan memperoleh sekitar AS$15 juta.

Kedudukan filem yang lain

Manakala filem baharu yang ditayangkan pada minggu lepas, Rocketman berada di kedudukan yang kelima pada minggu ini dan memperoleh keuntungan sekitar AS$14 juta. Filem yang mengisahkan mengenai Elton John ini jatuh dua anak tangga pada minggu ini.

Selain itu, filem baharu yang tidak bernasib baik untuk memasuki sepuluh filem terbaik pecah panggung, Late Night bermula dengan begitu mantap. Filem berkonsepkan komedi ini diterbitkan oleh Amazon Studios dan dibintangi oleh beberapa pelakon hebat seperti Kaling dan Emma Thompson serta memperoleh sekitar AS$62,414 ribu pada minggu ini.

Seterusnya, filem berbentuk dokumentari, Pavarotti yang menceritakan kembali tentang opera tenor oleh Ron Howard juga kurang bernasib baik kerana belum dapat memasuki kedudukan sepuluh teratas filem-filem hebat.

Filem ini telah berjaya memperoleh sekitar AS$142 ribu setelah ditayangkan di 19 buah pawagam di seluruh Amerika Utara. Filem ini dijangka akan terus meningkat untuk beberapa minggu yang akan datang.

Secara kesimpulannya, penjualan tiket pada minggu ini masih lagi rendah berbanding pada tahun lepas. Kutipan pecah panggung pada minggu ini agak sedikit perlahan iaitu penurunan sekitar 6 eratus daripada kutipan tahun lepas.

Namun pengkritik meramalkan bahawa kutipan pecah panggung berkemungkinan berubah berikutan tayangan beberapa buah filem baharu nanti seperti Toy Story 4 dan Spider-Man: Far From Home, kita saksikannya sendiri nanti.