Sedari kepentingan kebersihan dalam kehidupan harian

Oleh Daniel Lim
Gambar serahan Sekolah St John

BELAIT, 24 FEB – Menyedari kepentingan kebersihan dalam kehidupan harian bagi menghindari virus dan penyakit berjangkit, Sekolah St John telah mengambil langkah memastikan para pelajar mengekalkan kebersihan fizikal dan mental seperti mengadakan kempen kebersihan di kawasan sekolah, baru-baru ini.

Kempen berkenaan melibatkan semua pelajar daripada peringkat tadika hingga Tahun 11.

Semasa kempen itu, para pelajar bukan sahaja membersihkan bilik kelas masing-masing dan persekitaran sekolah malah menyertai beberapa aktiviti pembelajaran, terutamanya bagi pelajar-pelajar rendah, untuk mempelajari langkah-langkah betul dalam membersihkan tangan.

engan kempen berkenaan, ia bukan sahaja bertujuan untuk memastikan para pelajar menyedari kepentingan kebersihan malah menanamkan pemikiran mementingkan kebersihan bukan sahaja di seklah malah dalam kehidupan harian mereka.

Antara murid tadika belajar cara-cara membersihkan tangan dengan betul pada kempen tersebut.
Beberapa pelajar menengah ikut serta dalam kempen kebersihan.