Sedekah ringankan beban keluarga kurang berkemampuan

Oleh Nurdiyanah R.

TEMBURONG, 6 MEI – Demi meraih keberkatan dalam bulan yang penuh kerahmatan ini, Kumpulan Keluarga Bahagia dari Kampung Sengkurong dan Kampung Jerudong tidak ketinggalan dalam sama-sama menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri warga emas yang menetap di Kampung Ujung Jalan, Daerah Temburong, baru-baru ini.

Sumbangan berbentuk kewangan dan pelbagai barangan asasi yang dikumpulkan daripada ahli-ahli kumpulan berkenaan telah disampaikan oleh pengurus kumpulan tersebut, Haji Mesri bin Haji Jambu kepada Haji Saleh bin Kamis dan isteri.

Dengan adanya amalan bersedekah yang dihulurkan itu bukan sahaja dapat mengurangkan dan meringankan beban malah ia dapat menggembirakan dan membahagiakan hati mereka.

Kegiatan penuh berkebajikan itu sememangnya merupakan salah satu aktiviti kerohanian tahunan kumpulan berkenaan dalam sama-sama mendidik diri dan keluarga serta menggalakkan masyarakat di negara ini dengan amalan bersedekah kepada golongan yang susah dan yang memerlukan.

Amalan bersedekah adalah amalan yang mulia dan telah dijanjikan ganjaran sangat besar, yang penting adalah dengan niat ikhlas kerana Allah, dan Allah tidak memandang berapa banyak sedekah yang dihulurkan tetapi Allah memandang hati orang yang bersedekah.

Ahli Kumpulan Keluarga Bahagia dari Kampung Sengkurong dan Kampung Jerudong juga tidak ketinggalan dalam sama-sama menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri warga emas yang menetap di Kampung Ujung Jalan, Daerah Temburong, baru-baru ini demi meraih keberkatan di bulan Ramadan yang mubarak ini.