Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sedia beraksi di Fuji Speedway

    Oleh Syahmi Hassan

    FUJI, JEPUN, 8 SEPT – Selepas membuat penampilan kompetitif sulung dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA dengan Peugeot 9X8 baharu pada bulan Julai di Monza, Itali, pasukan Peugeot TotalEnergies akan mengunjungi Jepun dan Fuji Speedway yang terkenal untuk aksi kedua selama enam jam pada 11 September ini, dengan krew #93 dan #94 bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam suasana perlumbaan.

    Kejohanan enam jam Fuji, pusingan kelima kempen Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA 2022 dan penampilan kedua musim ini untuk Pasukan Peugeot TotalEnergies, memberikan cabaran yang sama sekali berbeza di Monza, satu pertimbangan yang tidak sia-sia bagi Olivier Jansonnie dan skuadnya.

    “Untuk acara sukar seperti ini, kami perlu menyesuaikan prosedur kerana kami tidak mempunyai kemudahan yang sama, seperti rumah motor dan trak, serupa yang kami lakukan semasa berlumba di Eropah,” jelas Olivier Jansonnie.

    Beberapa pemandunya pernah berlumba di Fuji sebelum ini, termasuk Jean-Eric Vergne dan Gustavo Menezes, manakala Loic Duval dan James Rossiter menghabiskan sebahagian daripada kerjaya mereka di Jepun.

    Faedah pengalaman itu akan melengkapkan data yang telah pun diperoleh oleh kru dan jurutera mereka daripada kerja mereka dalam simulator ketika mereka berusaha untuk menyediakan sebaik mungkin bagi permintaan unik trek ikonik Jepun itu.

    Pasukan Peugeot TotalEnergies bakal beraksi di Fuji Speedway dengan Peugeot 9X8. – Gambar serahan TCY
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...