Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    SEDIA diarah teruskan projek CIQS di Kalabakan dan Pagalongan

    KOTA KINABALU, 4 APRIL – Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mengarahkan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) agar meneruskan pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di Serudong, Kalabakan dan Bantul, Pagalongan.

    Beliau berkata SEDIA, yang merupakan pihak berkuasa negeri bagi pembangunan bandar sempadan, perlu meneruskan projek itu kerana ia merupakan antara projek pembangunan utama untuk Sabah.

    Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata kos pembangunan CIQS Kalabakan dianggarkan sebanyak RM815 juta dan daripada jumlah itu, RM600 juta adalah untuk pembinaan jalan sepanjang 39 km manakala RM215 juta untuk pusat CIQS.

    “Bagi projek pembangunan CIQS di Pagalongan termasuk pembinaan jalan raya akan menelan belanja sebanyak RM509.4 juta,” katanya menerusi kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah SEDIA di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Pada 23 Mac lepas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjawab secara bertulis soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) di Parlimen, dilaporkan berkata bahawa pembinaan CIQ Kalabakan ditangguhkan berikutan tiada peruntukan diberikan Kementerian Kewangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...