Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sediakan akses saksama pendidikan berkualiti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Kementerian Pendidikan akan meneruskan projek perolehan komputer melalui kontrak induk IT Central Procurement 3 (ITCP3) dari Pusat Kebangsaan E-Kerajaan bagi tujuan penggantian kesemua alat peranti termasuk komputer meja dan riba di sekolah-sekolah rendah dan mene-ngah di Kementerian Pendidikan.

    Selain itu, kementerian juga akan melaksanakan projek pembekalan komputer riba serta data Internet kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan semua tenaga pengajar dari sekolah-sekolah kerajaan agar pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan berasaskan rumah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman mengongsikan antara projek utama yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan 2022/2023 di bawah Objektif Strategik II semasa membentangkan peruntukan belanjawan kementeriannya pada hari keempat permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

    Objektif berkenan adalah untuk menyediakan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti dengan meneruskan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pemeliharan aset di institusi-institusi pendidikan iaitu di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat-pusat tingkatan enam termasuk juga institusi-institusi pengajian tinggi dengan menaik taraf bangunan dan pelaksanaan pemeliharaan komprehensif melalui Projek Facilities Management.

    UBD dan IBTE juga akan melaksa-nakan Projek Facilities Management di institusi masing-masing bagi tahun kewangan 2022/2023 dan akan dilaratkan penggunaannya di institusi pengajian tinggi yang lain di tahun-tahun yang akan datang, sebagai salah satu program Fiscal Consolidation yang dilaksanakan secara menyeluruh di Kementerian Pendidikan.

    Projek-projek utama lain yang akan dilaksanakan di bawah objektif strategik itu adalah Projek Penaiktarafan Infrastruktur Rangkaian Kementerian Penddidikan (MNIU) yang bertujuan untuk menyedia, mengurus, memelihara dan memantau prasarana rangkaian bagi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan agar operasi kementerian akan lebih berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran melalui penggunaan teknologi.

    Projek-projek lain termasuk mengukuhkan piawaian dan kurikulum bagi Literasi Digital di tahun kewangan 2022/2023 bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar kepada pelajar-pelajar di pelbagai peringkat tersusun dan selaras dengan kurikulum antarabangsa.

    Memantapkan Program Pendidikan Khas dengan terus menyediakan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti melalui penambahan centre of excellence (COE) atau pusat kecemerlangan yang mempunyai prasarana yang lebih sesuai bagi menampung keperluan fizikal dan kemudahan pembelajaran pelajar berkeperluan khas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...