Sediakan roti percuma untuk penduduk Stepanakert

STEPANAKERT, AZERBAIJAN – Di sebuah bangsal yang belum siap, berwarna kelabu serta tingkap yang ditutup dengan kadbod, menempatkan sebuah kedai roti yang merupakan sumber makanan bagi penduduk dan tentera yang turut terlibat dalam pertempuran di ibu kota Nagorno Karabakh, Stepanakert.

Jam 10 pagi pada Rabu lalu yang segar dan kering di ibu kota wilayah pemisah Armenia, keadaan di sana tenang selama tiga hari berbanding sebelumnya, di mana di sini sering kali berlaku pengeboman sejak konflik dengan Azerbaijan bermula pada 27 September.

Kedai roti itu baru saja dibuka dan sekelompok kereta datang, beberapa orang lelaki yang berada di laluan kecil dan masuk ke dalam, beberapa daripadanya mengambil dua atau tiga buku roti, yang lain meraup kotak berisi puluhan roti.

Dalam sekelip mata mereka hilang, membiarkan beberapa orang pekerja rumah roti sibuk untuk memastikan roti segar siap untuk diagihkan kepada pelanggan seterusnya.

Mereka menguli, menyiapkan puluhan kepingan adunan dan diletakkan di dalam dua ketuhar elektrik yang besar.

Kelihatan para pekerja sibuk membuat roti di sebuah kedai roti di Stepanakert. – AFP
Seorang wanita membuat roti di kedai roti di Stepanakert yang bekerja 24 jam untuk membekalkan roti percuma kepada orang yang memerlukan. – AFP

Memakai apron merah, topi pembuat roti bertengger di kepalanya, Lena Ghevondyan, 55, mengatakan dia memakainya 12 jam sehari di kedai roti.

“Saya tidak peduli dengan keletihan. Saya berasa lebih baik di sini. Saya boleh pergi, tetapi saya memilih untuk bertahan,” jelasnya.

Anaknya, yang baru berusia 20 tahun, telah berada di barisan hadapan sejak 26 September, sehari sebelum pertempuran bermula.

“Sekiranya anak saya ada di sana bagaimana saya boleh pergi dari sini? Saya tidak meminta apa-apa lagi – rumah saya boleh dimusnahkan tetapi saya mahu anak saya berada dekat dengan saya,” kata Ghevondyan.

Kedai roti menjual hanya satu benda – roti, dan satu jenis: roti putih seberat kira-kira 700 gram. Ia juga percuma.

“Sejak hari pertama peperangan, kami memutuskan untuk memberikannya kepada penduduk secara percuma dan juga bekerja untuk tentera,” kata pemilik kedai roti Armen Saghyan, 31, dan mengenakan pakaian tentera.

“Bahaya ada di mana-mana”

“Kami tidak menghadapi masalah kewangan. Kami mendapat panggilan dari institusi yang ingin menolong kami tetapi kami tidak memerlukannya. Sekiranya demikian, kami akan merujuk kepada mereka,” kata Saghyan.

Sebahagian kedai roti Stepanakert masih membuat roti untuk segelintir orang yang belum melarikan diri dari sebuah bandar yang dikira memiliki sekitar 60,000 penduduk sebelum perang meletus.

Armen Abroyan, 41, bekerja sebagai pemandu dan penghantar kedai roti.

“Kami membuat penghantaran setiap hari pada bila-bila masa bila mereka memerlukan kami, sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari,” kata Abroyan.

Tidak sedar akan bahaya, dia membawa van penghantaran putihnya ke pangkalan tentera tepat di barisan hadapan.

Dia juga telah sampai ke kota Martakert di timur laut wilayah itu dan sejauh Martuni di timur, baik di pinggir pertempuran dan kedua-duanya mengalami beberapa kali serangan pengeboman.

“Adakah tempat di Karabakh yang tidak berbahaya? Bahkan kota (Stepanakert) tidak selamat, berada di barisan depan! Bahaya ada di mana-mana tetapi kami berusaha menghantarkan di mana sahaja kami mampu,” kata Abroyan.

Oleh kerana sebahagian roti terbaharu diedarkan, Nelson Caspeyran, 59, merupakan seorang pelanggan merasa terkejut bahawa mereka diberikan roti secara percuma.

“Saya baru-baru ini mendengarnya. Orang-orang memberitahu saya bahawa roti itu adalah percuma di sini. Saya pernah membelinya di tempat lain sebelumnya,” dia mengaku ketika dia berjalan dengan dua buku roti yang disangkut di bawah lengannya. – AFP