Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sediakan tong sampah mencukupi dan pantau kebersihan kawasan

    Bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, gerai-gerai perayaan diadakan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di setiap daerah.

    Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi gerai-gerai perayaan di ibu kota dan alhamduli-llah sambutan daripada orang ramai amat memberangsangkan. Namun terdapat satu perkara yang cuba saya bangkitkan di sini iaitu mengenai isu kebersihan dan penyediaan tong-tong sampah oleh pihak relevan.

    Semasa kunjungan berkenaan, saya mendapati sesetengah tempat dibiarkan kotor dengan bekas-bekas makanan dan minuman orang awam yang bersepah di mana-mana dan tambahan lagi perkara ini berlaku kerana kekurangan penyediaan tong-tong sampah. Apa yang saya dapati, tong-tong sampah yang disediakan hanya dua ke tiga tempat yang berjauhan jaraknya.

    Pada pandangan saya, pihak relevan juga perlu sentiasa memantau kebersihan kawasan gerai-gerai perayaan dengan menurunkan beberapa tukang bersih bagi memastikan kawasan dalam keadaan bersih dan mencegah mengundang haiwan-haiwan perosak.

    Orang awam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...