Sedih terkenangkan arwah Vanessa

Sehingga kini bapa kepada Vanessa Angel iaitu Doddy Soedrajat masih tidak mampu menghilangkan kesedihan dengan pemergian anak perempuannya itu.

Menerusi laporan Liputan6, Doddy berkongsi perkara yang tidak pernah Vanessa lakukan sebelum dia meninggal dunia pada 4 November lalu.

“Vanesssa dan suaminya menyambut ulang tahun kelahiran saya pada Oktober lalu. Tapi sebelum ini, Vanessa tak pernah ajak saya makan malam.

“Kebiasaannya kalau hari lahir saya, dia hanya beri ucapan saya tepat pukul 12 malam. Tapi dia mahu jumpa saya pada 14 Oktober untuk meraikan hari lahir saya,” katanya.

Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meni-nggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, Gala Sky Andriansyah yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu. – Agensi

Vanessa Angel sambut hari jadi bapa sebelum meninggal dunia, tak sangka itu yang pertama dan terakhir. – Agensi