Segalanya tersimpan suatu rahsia

DALAM keluarga Sky Hawkin, mengetuai rompakan pertama adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan, lebih daripada kejayaan belajar bercakap, berjalan atau hal lainnya.

Ia adalah peluang untuk seseorang itu untuk mendapatkan kuasa dan penerimaan di kalangan ahli keluarganya dan juga masyarakat.

Walau bagaimanapun, mencuri harta karun pertama dalam seumur hidup boleh menjadi hal yang sangat rumit, lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah seorang Wyvern, manusia yang mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi naga.

Memulakan kehidupan dalam bidang jenayah bukanlah sesuatu yang mudah dan Sky telah mendapat tahu mengenai rahsia-rahsia tentang ibunya, yang didapati hilang baru-baru ini, sebab sebenar kenapa dia ditinggalkan oleh teman lelakinya dan mengenai batu permata berharga yang dapat mengembalikan kekayaan dan status keluarganya di kalangan masyarakat mereka.

Ditemani oleh pasukan yang dipilihnya sendiri, Sky tahu bahawa dia mempunyai segala-galanya untuk berjaya melakukan rompakan pertamanya, di samping mendapatkan kembali teman lelaki dan ibunya di sepanjang proses tersebut.

Akan tetapi dia telah mendapat tahu mengenai kebenaran gelap tentang masyarakat yang boleh bertukar menjadi naga itu, kebenaran yang lebih berharga dan berbahaya daripada mana-mana emas dan permata di dunia ini.

Apakah kebenaran di sebalik teman lelakinya yang meninggalkannya? Ke manakah ibunya menghilang diri? Dan apakah sebenarnya rahsia di sebalik masyarakatnya? Untuk mengetahui segala jawapan persoalan-persoalan ini, jangan lupa untuk mendapatkan novel Fire and Heist karya penulisan Sarah Ben Durst di pasaran segera.