Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Segera asingkan mi jenama Itsuki

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Mi segera Kyushu Tonkotsu berperisa khinzir jenama Itsuki yang dijual secara terbuka telah diarahkan diasingkan ke seksyen tidak halal.

    Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan siasatan telah dibuat selepas menerima aduan orang ramai mengenai penjualan produk tersebut di ruang umum beberapa buah pasar raya di negara ini.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama, melalui jabatan terbabit telah membuat penelitian dan mendapati syarikat Itsuki Foods Co. Ltd yang menghasilkan ramen Kyushu Tonkotsu dengan perisa tiruan daging khinzir, turut menghasilkan variasi produk mi segera dengan perisa yang berasaskan daging khinzir.

    Sehubungan itu, status pembuatan produk tersebut diragui dan sesuai dengan hukum syarak, apabila sesuatu itu meragukan, ia jatuh kepada syubhah.

    Oleh itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah juga mengarahkan pemilik pasar raya terbabit untuk mengasingkan bukan sahaja produk ramen Kyushu Tonkots Artificial Pork Flavour tetapi kesemua produk keluaran
    Itsuki Foods Co Ltd serta-merta di seksyen tidak halal.

    Selain itu, pengimport, pasar raya dan kedai-kedai di negara ini dinasihatkan melakukan pengasingan segera jika terdapat produk Itsuki Foods Co Ltd diedarkan dan dijual di premis masing-masing.

    KHEU turut mengingatkan pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal tidak bercampur dengan yang tidak halal dalam semua peringkat.

    Ramen Kyushu Tonkotsu Artificial Pork Flavour jenama Itsuki digesa segera diasingkan. – Gambar serahan KHEU

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...