‘Segera rawat dua ekor gajah’

KARACHI, 30 NOV – Ketua pasukan veterinar hari ini menggesa rawatan segera ke atas dua ekor gajah di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan.

Dr Frank Goeritz dan pasukannya yang dikerahkan kumpulan kebajikan haiwan global memeriksa empat ekor gajah, melaporkan

seekor daripada gajah itu memerlukan pembedahan ‘rumit’ bagi mengeluarkan gading yang rosak dan dijangkiti kuman.

Gajah kedua pula berdepan masalah gigi dan sakit kaki, menurut veterinar yang dihantar Four Paws.

Penyakit seumpamanya amat menyakitkan dan boleh mengancam nyawa gajah,” kata veterinar itu, berdasarkan satu laporan disediakan oleh Goeritz yang dihantar ke Pakistan bagi membantu Four Paws.

Kumpulan itu mengatakan mahkamah di Karachi sudah pun meminta pakar kebajikan haiwan menilai kesihatan empat ekor gajah di Zoo Karachi dan Taman Safari Karachi.

Secara keseluruhan, kesihatan dua ekor gajah itu dan dua lagi yang lain sudah pun diperiksa dalam keadaan baik, kata Goeritz. – AP

Seorang pekerja zoo Pakistan menjaga gajah yang diperiksa ahli veterinar dari kumpulan kebajikan haiwan global, Four Paws di Zoo Karachi. Dua daripada empat ekor gajah itu memerlukan rawatan, kata veterinar. – AP