Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Segera ubah suai rumah kosong

    Isu rumah yang belum dihuni selama bertahun-tahun terutama di perumahan menjadi satu perkara yang memerlukan perhatian segera.

    Dengan senarai menunggu yang semakin panjang dan harapan rakyat untuk memiliki rumah sendiri semakin tipis adalah tidak boleh diterima jika kita terus membiarkan aset yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat terbiar begitu sahaja.

    Saya melihat rumah-rumah yang tidak dihuni itu semakin mengalami banyak kerosakan dan kerugian.

    Kenapa rumah yang sudah lama kosong dan rosak itu tidak diperbaiki ataupun dirobohkan saja dan dibina semula?

    Melihat rumah-rumah terbiar yang sudah ‘ditelan’ oleh belukar amat menyakitkan pemandangan.

    Ketika ini, ramai yang mengalami dilema dan kesukaran untuk mendapatkan rumah hingga terpaksa menunggu puluhan tahun, walhal wujudnya unit-unit perumahan yang terbiar begitu lama.

    Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak berkenaan dapat melakukan audit menyeluruh terhadap projek-projek perumahan yang belum dihuni.

    Ini termasuk menilai sebab-sebab ketidakselesaan dan masalah-masalah lain yang mungkin ia tidak selamat untuk dihuni atau apa yang menghalang penghuni daripada menggunakan unit tersebut.

    Suriana

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda