Seiko Noda umum bertanding jawatan PM

TOKYO, 16 SEPT – Bekas menteri pemerkasaan wanita, Seiko Noda mengumumkan pada saat-saat akhir, bahawa beliau akan bertanding jawatan perdana menteri (PM) bagi parti memerintah hari ini, sehari sebelum kempen bermula.

Pemenang pada undian 29 September ini akan menjadi perdana menteri beberapa hari kemudian dan memimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam pilihan raya umum menjelang hujung November kelak.

Noda, 61, pernah berkhidmat sebagai menteri hal ehwal dalam negeri dan menteri persamaan gender dan pemerkasaan wanita. Beliau suatu ketika dahulu diuar-uarkan bakal menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun. Namun beliau mungkin sukar menang dan pencalonan pada saat-saat akhirnya menunjukkan beliau mungkin bergelut mendapatkan sokongan yang perlu daripada rakan ahli parlimen LDP.

Beliau akan menyertai ketua vaksin Taro Kono, Fumio Kishida dan pemecah undi sayap kanan Sanae Takaichi – seorang lagi calon wanita yang cuba menembusi politik Jepun – dalam persaingan itu. – AFP

Seiko Noda. – AFP